Riwayat Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (2009 - kini)
Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
(SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DSAP, PNBS)
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
(SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DSAP, PNBS)
Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala
Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana
Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun
Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang
lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.
Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan
rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman
persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang
lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak
dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.
Pada tahun 1974, dengan menggenggam
Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai
eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru
ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya,
Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang
perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.
Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan
kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas ayahandanya Tun Razak
meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan
negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri
Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan
UMNO Negeri menyokong cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan
pelantikan itu.
Mula menceburi bidang politik sewaktu
berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,
kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat
bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju
UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak,
beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara
tercinta.
BIODATA
Perdana Menteri Malaysia Keenam3 April 2009 – Kini
Timbalan Perdana Menteri31 Oktober 2004 – 2 April 2009
Menteri Kewangan17 September 2008 - Kini
Menteri Pertahanan1999 – 2008
Menteri Pendidikan1995-1999
Menteri Pertahanan1990-1995
Menteri Belia dan Sukan1987-1990
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan1986-1987
Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan1982-1986
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan1982-1986
Timbalan Menteri Kewangan1981-1982
Timbalan Menteri Pelajaran1980-1981
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos1978-1980
Eksekutif Petronas1974-1976
Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
Norashman Razak
Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom
Tidak ada komentar:
Posting Komentar